30 September 2008

Rasukan BUZZ!!!

Bangun pagi gosok gigi minum kopi terus x mandi...Hahaha!!!

Sejak - sejak hotel milik uncle Fajarudin ini memiliki talian streamyx, fuhh pukulan malas nak mandi itu semakin menjadi - jadi kepada diri gua. Tak kira waktu pagi petang siang malam hujan panas tengah hari semua adala, gua tetap rileks maintain duduk menekan papan kekunci berhuruf ini. Jari - jemari gua tetap setia menemani keyboard dan juga tetikus disini. Sungguh asyik bermain internet hinggakan gua lupa semua perkara. Gua boleh lupa nak pegi berak kat toilet...gila la. Sekarang ini pula gua tengah melayan YM dengan rakan gua. Dia telah mengejutkan pagi gua dengan bunyi bising BUZZ!!! itu. Aduh sungguh panas hati gua, gua tercabar beb kalau dengar bunyi semboyan dari YM gua, terus gua bangun meninggalkan waktu pagi yang indah gua ini untuk bermain YM dengan rakan gua. Baiknya layan YM gua baru sedar satu perkara, halamak...gua ada misi la. Gua kena mandi gosok gigi berak jugak. Gua kena bersiap untuk keluar bershopping. Gila...baju raya gua belum ada lagi. Esok dah nak raya, ini boleh mengundang padah kalau gua tak ada baju untuk beraya esok. Gua tak mahu nak beraya dengan seluar track suit saja. Raya tahun ini gua mahu meriah sikit, gua mahu baju yang bergemerlapan tak kira waktu siang atau malam. Baju gua mesti vogue dan boleh dijadikan sebagai reflector jalan raya. Tp gua ada sedikit kemuskilan la, herrm bagaimana gua hendak mendapatkan baju raya reflector jalan gua? dalam dompet gua hanya ada RM20 balance belanja buka puasa kelmarin. Haruskah gua menadah simpati ibu dan bapa gua? Haruskah gua duduk menadah tangan di pinggiran jalan mahupun shopping complex? Ataupun haruskah gua mengambil upah memasang pelita? Yang mana lebih mendatangkan keuntungan? Hai silalah bantu gua memilih penyelesaian yang terbaik untuk masalah gua ini. SMS on REFLECTOR RAYA kepada 3366633. Setiap SMS hanya akan dikenakan bayaran RM0.50 jadi apa tunggu lagi SMS la sekarang!

Nota raya : Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan - rakan, teman - teman dan juga semua yang mengenali diri ini. Maaf Zahir dan Batin. Semoga gembira di hari raya ini. Peace! =)

29 September 2008

Le Kingdom

Anda cun?

Anda lawa?

Anda cantik?

Anda anggun?

Anda rasa anda adalah insan paling comel sekali di dunia?

Kepada wanita - wanita, gadis - gadis, perempuan - perempuan, awek - awek kat luar sana tu anda x cukup layak untuk digelar cun, lawa, cantik dan semua benda yang sewaktu dengannya selagi anda belum memiliki pakaian Le Kingdom ini. Sumpah gua x tipu korang semua. Baju - baju diorang ni comel - comel belaka. Ala - ala topshop gitu. Kalau gua perempuan gua dah beli pakai dah, nasib baik gua hero lelaki sejati so gua x beli pakai...huahahaha! Kalau korang nak tahu pasal Le Kingdom ni...haa sila lawat blog ini le-kingdom.blogspot.com

08 September 2008

Pukulan no 3

gila...gua baru habis kerja ja. ada soot commercial untuk kfc hari raya. baikya iklan cerita sedih sorang budak survive nak hidup untuk hari raya. tersentuh hati gua yang kental ni tengok shoot board commercial neh...adoyai. letih shoot ni jgn cerita la cam haram penat dia. kerja non stop sampai x tido la...perghh gila workerholic gua. kalau bab belajar ngan wat esemen x plak gua seholic camni. tahla gua pun kadang - kadang x faham dengan industri sekarang ni...kehkehkeh tapi nak wat camnakan gua nak cari duit lebih buat blanja raya neh jadi terpaksala gua relakan jua tenaga gua ini diperkosa oleh team production tersebut. kerja gua cam besala gua art department punya team la...darah seni la katakan...(ciss gila poyo ayat gua) hahaha. keletihan gua masih terasa disini. habis sakit tulang temulang gua neh. rasa cam gua nak wat pembedahan masukkan besi dalam badan neh...gila beb 3 hari kerja non stop terus lintang pukang hidup gua...wakakaka cuba anda bayangkan 3 hari anda x cukup tido? 3 hari anda x mandi? 3 hari anda berlari kesana dan kemari? 3 hari hidup anda dalam keletihan? cubalah anda bayangkan...3 hari bukan 3 line...gua bukan beb gangster mau join 3 line...huahahahahaha!!!!!!

05 September 2008

Si Cinta

"I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday"


nota:jiwa tak tenteram emosi terganggu fikiran buntu hati sudah langgaq...!!!yaaaaaahooooooo!!!!!!!!!