30 September 2008

Rasukan BUZZ!!!

Bangun pagi gosok gigi minum kopi terus x mandi...Hahaha!!!

Sejak - sejak hotel milik uncle Fajarudin ini memiliki talian streamyx, fuhh pukulan malas nak mandi itu semakin menjadi - jadi kepada diri gua. Tak kira waktu pagi petang siang malam hujan panas tengah hari semua adala, gua tetap rileks maintain duduk menekan papan kekunci berhuruf ini. Jari - jemari gua tetap setia menemani keyboard dan juga tetikus disini. Sungguh asyik bermain internet hinggakan gua lupa semua perkara. Gua boleh lupa nak pegi berak kat toilet...gila la. Sekarang ini pula gua tengah melayan YM dengan rakan gua. Dia telah mengejutkan pagi gua dengan bunyi bising BUZZ!!! itu. Aduh sungguh panas hati gua, gua tercabar beb kalau dengar bunyi semboyan dari YM gua, terus gua bangun meninggalkan waktu pagi yang indah gua ini untuk bermain YM dengan rakan gua. Baiknya layan YM gua baru sedar satu perkara, halamak...gua ada misi la. Gua kena mandi gosok gigi berak jugak. Gua kena bersiap untuk keluar bershopping. Gila...baju raya gua belum ada lagi. Esok dah nak raya, ini boleh mengundang padah kalau gua tak ada baju untuk beraya esok. Gua tak mahu nak beraya dengan seluar track suit saja. Raya tahun ini gua mahu meriah sikit, gua mahu baju yang bergemerlapan tak kira waktu siang atau malam. Baju gua mesti vogue dan boleh dijadikan sebagai reflector jalan raya. Tp gua ada sedikit kemuskilan la, herrm bagaimana gua hendak mendapatkan baju raya reflector jalan gua? dalam dompet gua hanya ada RM20 balance belanja buka puasa kelmarin. Haruskah gua menadah simpati ibu dan bapa gua? Haruskah gua duduk menadah tangan di pinggiran jalan mahupun shopping complex? Ataupun haruskah gua mengambil upah memasang pelita? Yang mana lebih mendatangkan keuntungan? Hai silalah bantu gua memilih penyelesaian yang terbaik untuk masalah gua ini. SMS on REFLECTOR RAYA kepada 3366633. Setiap SMS hanya akan dikenakan bayaran RM0.50 jadi apa tunggu lagi SMS la sekarang!

Nota raya : Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan - rakan, teman - teman dan juga semua yang mengenali diri ini. Maaf Zahir dan Batin. Semoga gembira di hari raya ini. Peace! =)

5 comments:

amscreamo said...

pukulan yahudi messenger@

Melodi Aku said...

haaaiih!

susah benar cari tempat nak komen.

membazir masa emas aku 4 saat.

haha. jgn lupa tarik line

Miss LaraLady said...

Eii busyukkk!!
tak mandi...!
sok raye jgn x mandi lak!

Anonymous said...

wan,
patotlah aku berbau sesuatu masa ym dgn aang!
heheh
selamat hari raya

rockaaza said...

wuahahaha...dun woryy gua tetap wangi sepnajang masa...hahahahaha