23 November 2008
19 November 2008
Jaja Jumpa Harta Karun
Tahniah Jaja sebab short film karya anda diterima untuk dihasilkan.
Good luck dan selamat berjaya dengan karya anda.
Here come the new Director
Good luck dan selamat berjaya dengan karya anda.
Here come the new Director
Notajaja : Insyallah, gua dan rakan - rakan gua akan sapot lu Jaja dari segala aspek fizikal, rohani, mental dan juga kecergasan...Wuakakaka!!! Tapi ingat wahai Jaja, lu hutang gua Burger King. Gua mau tuntut hak gua nanti...ingat!!!
17 November 2008
Panggilan maut sudah datang tapi keranda belom tempah lorr
Haha...ngeri ja bunyi tajuk entrykan? Sebenarnya takda apapun, gua saja bikin panas letak tajuk tu. Gua tgh get ready to working back neh, td member gua cakap dah tak lama next projek film nak roll. Yeahh...masa untuk beraksi. Insyallah next week gua balik ke sana. Rakan - rakan jumpa disana ok. Gua rindu sama kalian...hak hak hak tuih tuihh!!!
15 November 2008
Shooting...Menyeronokkan atau menggembirakan?
'Gua sebok la beb minggu ni, shooting la...minggu depan ok' Perghh...begitulah kata - kata jampi dari gua kepada rakan - rakan gua apabila mereka ajak gua hang out chillin chillin di ibu kota KL. Apa yang ada dengan shooting sehingga gua sanggup menolak ajakan rakan - rakan yang sememangnya itu adalah hobi kesukaan gua. Entahlah gua sendiri pun tak pasti. Mungkin sebab dah minat dengan benda yang diceburi, ataupun sebab dah terjebak dalam bidang ini so nak tak nak kena join jugak shooting. Atau mungkin gua dah minat benda - benda seni neh, so terpaksa jugak membazir tenaga pergi jugak shooting neh walaupun pada hakikat nya penat la brader...!!! Ataupun mungkin sebab bayaran yang bakal diterima oleh pekerja - pekerja filem cam gua neh. Yela sapa tak mau kalau 2 3 hari kerja lu boleh dapat sampai 7 - 8 rat. Mana lu nak cari kerja yang dapat income camni. Itu baru kuli ja, kalau lu art director mau ber K lu dapat. Sekali lu shoot commercial 12 -13 riban lu cekau. Kerja 3 hari ja...perghh lumayan sial. Tapi shooting juga boleh jadi satu perkara yang membosankan kalau lu datang set lu takda kerja nak wat pastu kerja lu hanyalah makan makan makan, hau siau la...memang tong dram la badan lu pas habis shoot. Tunggu artis datang ke set juga adalah satu perkara yang agak gua benci jugak kalau time shooting. Ki**k la...dah call time awal lu datangla awal wahai artis - artis malaysia yang hebat. Nasib gua ada sifat penyabar ja, kalau tak dah lama gua hentak lu orang dengan lampu 4K tak pun dengan weight G-arm ja...haha. Entahla gua pun tak tau nak cakap apa dah, inilah hakikat dunia shooting. Bagi gua yang best dalam shooting ni hanya dapat payment dan dengar perkataan its a wrap ja. Bagi lu orang semua entahla, lu fikirla sendiri...tapi apapun gua enjoy dan suka dengan apa yang gua buat sekarang neh, gua ada teman dan rakan yang sekepala untuk gua terus bekerja. Team gua memang best, semua handal dalam bidang masing - masing, ada yang hebat dalam management, ada yang handal mengoperasi kamera dan ada juga yang kreatif art mereka. Kalau nak pakai team production boleh la roger gua...insyallah servis baik punya team gua bagi...hermm itu jala kot entry gua malam neh. Cadang tu nak tengok review film tapi tak pasal - pasal terpost plak satu entry yang penuh info neh...hahaha maaf yer...
Nota Shooting : Woit kepada bos - bos gua di industri sana, bayar gaji gua yang beriban tu cepat!!! Gua dah hampir kopak neh, nak beli rokok pun dah tak mampu la cilaka...!!!
Nota Shooting : Woit kepada bos - bos gua di industri sana, bayar gaji gua yang beriban tu cepat!!! Gua dah hampir kopak neh, nak beli rokok pun dah tak mampu la cilaka...!!!
14 November 2008
Memang Shit-tan la kannn...
Fuhh...Cilako sungguh, semalam gua tetiba boleh ada perasaan ingin bersukan pula setelah tak tahan dicabar oleh teman gua. Teman gua ajak bermain futsal. Gua dengan gaya Tevez bersiap sedia la untuk pergi mengeluarkan peluh. Sampai saja dekat futsal center itu gua dan rakan - rakan terus beraksi tanpa memikirkan bencana yang bakal menimpa kemudian waktu. Setelah baru 2 minit setengah beraksi, tetiba ada satu kejadian yang buruk berlaku dekat gua. Tiba - tiba gua rasa pening semacam. Syaitan...gua dah tak fit rupanya, baru rembat 2 3 kali dah hancus. Oh tidak, kembalikan zaman kegemilangan gua dulu, zaman dimana Ronaldo melutut meminta tunjuk ajar dari gua. Maka dengan itu gua bertekad akan kembalikan kecergasan diri gua. Gua dah ready neh...petang ni nak keluar bersukan lagi. Gua ingat nak jogging pula petang ni, tapi ada satu masalah la pula. Connection streamyx distudio gua ni makin lama makin laju pula, makin sedap pula gua duduk mengadap komputer ini...Haha memang gua akan batalkan jela niat nak bersukan tu kannn...Shittan betul!!!
13 November 2008
Bebelan Membebel Si Cinta
Aduh...cuti sem plak, gua dah mula hangin neh. Suhu badan tiba - tiba naik mendadak. Rasa macam nak demam kepialu pun ada. Semua ini sebab gua terpisah dengan si cinta buat sementara waktu. Hormon gua agak kurang stabil nampaknya untuk minggu ini. Tekanan darah dibawah paras bahaya. Gua rindu nak dengar bebelan si cinta yang suka membebel . FAREESHA lagi seminit gua tak jumpa lu, tak koma gua mati itu saja!!!
12 November 2008
Ada Sesuatu Di Situasi
Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
Dan aku ku layu
Disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku
Dan bila kau menghilang
Musnah la musnah impian
Tuk menggapai bintang
Terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
Engkaulah destinasiku
Dalam ingatanku .. oh oh oh
Kerana diri ini tak daya lagi
Menempuh hidup yang ku temui
Dan aku ku tunggu .. oh oh oh
Disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku
Gua tak tahu sebab apa time gua layan lagu ni, gua rasa ada satu macam feel kurang enak didalam jiwa darah muda ini. Semangat juang yang membara tiba - tiba bergelora didalam tubuh badan gua yang sasa lagi tegap ini. Lebih - lebih lagi masa part ni
'Tuk menggapai bintang Terangi hidup ku Ku mahu kau tahu Engkaulah destinasiku'
Keypad lock betul, sampai sekarang gua masih kusut. Mungkin gua bakal mendapat satu power seperti Scofield Prison Break? ataupun Clark Smallville? ataupun Power Ultraman?
10 November 2008
Bila saya bosan?
1 - Saya akan makan
2 - Saya akan makan dan makan
3 - Saya akan makan dan makan dan makan
4 - Saya akan makan dan makan dan makan dan makan
5 - Saya akan makan dan makan dan makan dan makan dan makan
6 - Semua yang diatas itu darab 666 kali anda akan dapat jawapan untuk no 6
2 - Saya akan makan dan makan
3 - Saya akan makan dan makan dan makan
4 - Saya akan makan dan makan dan makan dan makan
5 - Saya akan makan dan makan dan makan dan makan dan makan
6 - Semua yang diatas itu darab 666 kali anda akan dapat jawapan untuk no 6
Subscribe to:
Posts (Atom)