14 November 2008

Memang Shit-tan la kannn...

Fuhh...Cilako sungguh, semalam gua tetiba boleh ada perasaan ingin bersukan pula setelah tak tahan dicabar oleh teman gua. Teman gua ajak bermain futsal. Gua dengan gaya Tevez bersiap sedia la untuk pergi mengeluarkan peluh. Sampai saja dekat futsal center itu gua dan rakan - rakan terus beraksi tanpa memikirkan bencana yang bakal menimpa kemudian waktu. Setelah baru 2 minit setengah beraksi, tetiba ada satu kejadian yang buruk berlaku dekat gua. Tiba - tiba gua rasa pening semacam. Syaitan...gua dah tak fit rupanya, baru rembat 2 3 kali dah hancus. Oh tidak, kembalikan zaman kegemilangan gua dulu, zaman dimana Ronaldo melutut meminta tunjuk ajar dari gua. Maka dengan itu gua bertekad akan kembalikan kecergasan diri gua. Gua dah ready neh...petang ni nak keluar bersukan lagi. Gua ingat nak jogging pula petang ni, tapi ada satu masalah la pula. Connection streamyx distudio gua ni makin lama makin laju pula, makin sedap pula gua duduk mengadap komputer ini...Haha memang gua akan batalkan jela niat nak bersukan tu kannn...Shittan betul!!!

5 comments:

am chamberlain said...

haha..dah ada awek...mmg semput la nak main bola.tgk aku ni.steady je kekal fit sentiasa.haha

rockaaza said...

cit poodahh.....lu tu lgi semput gua rasa....lu tnggu jela..its comin its comin...

coffeeHolic said...

hehe tu lah aang, duk puncak makan tidoq ja , tgk dah mengembang;)

BESIHITAM said...

aku melarang sesapa bersukan..aku lebih suka tgok kengkawan makin memboyott.huiii...rezki murah tuu

Melodi Aku said...

thread tanak panjang2 plak tu. benci aku nak baca. benci benci